::Followers::

Rezeki itu milikNya~~

Hari ni 26 Oct 2013 , pukul 2.10pm Gee terima panggilan dari adik ipar mengesahkan dia dh peknant, hukhuk ucapan tahniah dari Kak Gee utk korang k, tahniah2 bertambah sorang lagi khalifah Nabi Muhammad dalam family kite..take good care k kandungan tuh nanti, Hati ni happy sgt sebab korang dh berjaya, but at same time, Kak Gee agak bergenang air mata mendengar berita gembira tuh..doakan utk Kak Gee jugak, insyaAllah2..


Bila Kak Gee tau berita nih terus air mata bergenang, agaknye bila Kak Gee dpt merasai saat2 peknant tuh ya,takpe2 tabahkan hati Gee, kesat dulu air mata tuh..hukhuk..mungkin belum tiba masa rezeki Kak Gee lagi utk menimang cahaya mata.(saje nk sejukkan ati)


Entry kali hari ni mungkin agak sedih sikit, ermm tak tau nak cakap macam mane, bila adik cakap dia peknant terus sebak dalam dada, mungkin reader2 blogger yang ada pengalaman macam Gee ataupun tengah menghadapi situasi yang sama macam Gee ni korang rasa macam mane??sila jawab..sedih sehh..kan??


Mungkin hari ni semua family Mat Harun gembira mendengar berita ni kan??yuhuu, ye la utk Kak Nah & Mat Harun merangkap mak mentua Gee mesti gembira sebab menerima berita gembira dari anknye, cucu pertama katakan.


Sudah sedia maklum, kehidupan selepas berumahtangga kalo hidup suami isteri mesti korang nak cahaya mata kan..kan??tipu la korang de kat sini cakap nak plan dulu lepas kawen,betul x??kalo ada pun maybe 1% dari kalangan kita terpaksa plan agak rare la..sebab-sebabnye mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan korang plan nk anak, betul x.??antaranye mungkin :-


1. Lepas kawen mungkinkah kekangan kerja, tempat kerja suami isteri jauh.


2. Lepas kawen tiba-tiba korang kena posting tempat yang jauh


Yang Gee senarai tuh agak2 je la, mungkin korang lebih tau sebab kenapa korang nk plan, but for me please2 don’t plan untuk dapatkan anak k, niat kita nak plan tuh Allah dah mendengar doa kita tuh.


Mungkin sebelum kawen tuh Gee pernah terdetik dalam hati tak nak anak lagi lepas kawen, sebab pada masa tuh banyak hal bersangkut paut dengan duit, maklum la after habis study dulu banyak bebanan hutang perlu ditanggung, terutamanya PTPTN.


Once dah kawen automatic sifat kewanitaan itu berubah, bila dah kawen terus terdetik dalam hati cakap kalo ada cahaya mata mesti lagi happy idup ditemani anak-anak kan??


Sekarang ni alam perkahwinan Gee sudah mencecah 2 tahun, banyak jugak usaha Gee lakukan utk cuba dapatkan zuriat, almaklumlah Gee merupakan salah seorang pesakit cyst endometriosis IV. Ok, kat sin ink bagi korang paham betul-betul tahap2 endomtriosis ni.kat bawah ni korang leh refer :-


1. Endometriosis stage I


Kalo stage 1 adalah yang paling minimal dan sukar utk dikesan. Bukti wujudnya endometriosis stage 1 ni hanya diketahui bila pembedahan dilakukan. Masa ni boleh jumpa kesan kerengsaan pada ruangan pelvic (pelvic cavity) dan mungkin juga adhesion(pelekatan) yg terhad.


2. Endometriosis stage II


Endometriosis II ni adalah tahap sederhana.akan terdapat kerengsaan yg lebih banyak pada tisu di kawasan pelvic cavity (antara rahim dan bowel)


3. Endometriosis stage III


Endometriosis tahap ni masih lagi tahap sederhana tetapi semakin teruk keadaannya. Disamping kecederaan atau kerengsan pada tisu, terdapat juga parut dan pelekatan (adhesion) di bahagian pelvic. Mungkin jugak ada kesan endometriosis cysts dalam ovary tuh


4. Endometriosis stage IV


Stage ni pulak dikira paling teruk sekali. Semua symptom dari stage 1-3 akan wujud bagi penghidap endometriosis stage IV. Terdapat endometriosis cysts yg besar dan banyak dalam rahim. Pelekatan (adhesion) tisu pelvic yg sangat teruk sehingga ada organ yang berubah lokasi macam kena gam antara satu sama lain.


Antara masalah yang mungkin timbul akibat endometriosis dan menyebabkan kita susah mengandung ialah :-


1. Pelvic adhesions (pelekatan) menghalang pergerakan telur turun ke rahim melalui tiub fallopian


2. Kuantiti telur yang rendah (ada telur yg kosong)


3. Keradangan dalam pelvis menghasilkan sel yang menyerang dan membunuh sperma


4. Telur tidak dikeluarkan langsung dari ovary (anovulation)


Setahu Gee tidak ada rawatan khusus utk endometriosis. Doctor pernah cakap dengan Gee hanya ade satu cara saje utk mengubat pesakit endometriosis iaitu mengandung.


Sebab masa mengandung period kita akan berhenti so sel2 endometrium tidak akan berdarah selama 9 bulan. Itu kata doctor pada Gee selepas operate aritu.


Biasenya kalo yang pernah mengalami operate laparoscopic ni, doctor akan bagi suntikan lucrin 3.75 depot utk hentikan period kita buat sementara waktu..depend la, kalo korang rasa leh ambk sekali gus 3 suntikan utk satu masa xde masalah.


Tapi, kalo dah ada endometriosis ni kan susah nak mengandung. So, kena buat rawatan kesuburan.


Biasenye doctor akan suggestkan kita buat IUI. IUI bermaksud (intra uterine insemination) iaitu kaedah dimana benih suami yang telah dibersih akan disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri tengah subur. Lagi senang korang refer link ni http://pakarsakitpuan.blogspot.com/2011/03/prosedur-suntikan-benih-suami-iui.html  untuk ketahui dengan lebih lanjut.


Walaubagaimanapun, usaha xpenah putus utk cuba dapatkan anak..lagipun ramai dikalangan bf Gee sudah pun memiliki anak ke-2 dlm fmily mereka. Sekarang ni agak tertekan, bukan sebab ape, banyak cakap-cakap belakang kedengaran sekarang ni, even malas nak layan cakap-cakap tuh tapi disudut ati kecil Gee ni amat sedih sangat sebab ada jugak orang-orang yang tak de akal berkata-kata tanpa peduli perasaan orang lain. Bukankah rezeki tu di tangan Allah, so, xpayah duk sibuk2 tanya itu ini..


Berbalik usaha xpenah putus sekarang ni, sekarang ni Gee tengah ambik sejenis supplement utk membaik pulih hormon utk mengembalikan tahap kesuburan Gee untuk tahap lebih ok..utk makluman semua, kteorang dh buat segala bagai check up dengan hospital mahupun klinik Gynea, kalo sekitar KL ni merata jugak kami pergi, dalam banyak2 klinik fertility yang paling bagus antaranya :-


MAK WOMEN SPECIALIST & FERTILITY CENTRE
No. 5, Ground Floor, Jalan 1/116B,
Kuchai Entreprenuers Park, Kuchai Lama
58200 Kuala lumpur


Klinik ni banyak dedahkan Gee dengan masalah berkaitan dengan wanita. So, sesape yang berdekatan dengan klinik ni Gee prefer korang pergi k.


Berbalik kepada jenis supplement yang Gee ambik sekarang ni, Gee suggestkan korang ambik set kesuburan Shaklee, sebabnye memang bagus utk yang de problem kesuburan, yang penting halal & selamat utk digunakan.heehe..


Korang boleh order dengan Gee kalo nak..senang jer just email dekat nziana22@gmail.com utk lebih lanjut. Yang lebih penting lagi Gee akan guide korang semua cara pengambilan set kesuburan ni. See ya utk next entry k..