::Followers::

~~Perkongsian peringatan untuk semua~~

7 Sunnah hebat - Ustaz Don Daniyal
 
dalam kehidupan sehari-hari adakala kita mungkin telah melampaui batas, imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:
 
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
 
Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia. sebaiknya membaCa Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul atau ayat Kursi.
 
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. sebelum melangkah kemana pun, langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan  muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
 
Keempat:
Jaga Solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha, yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
 
Kelima:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau dia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.
 
Keenam:
Jaga sedekah setiap hari, Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. percayalah sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
 
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
 
zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. bila kita kurang bersyukur, maka kurang pula zikirnya. oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakn ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat disangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.