::Followers::

Diet pesakit endometriosis

Assalamualaikum semua..ape khabar smua..selamat menyambut Bulan Ramadhan smua..rasanye agak lame gee xupdate status terbaru kann..huhu..ntah kenapa sejak dua menjak ni malas pulak nak update status terbaru dekat blog ni..kekadang rindu jugak nak update status terbaru. Tambah-tambah bulan puasa ni mesti malas nak menaip panjang lebar kann..lagi-lagi la korang malas nak tengok blog duk cter panjang lebar..betul tak,baik mengaku..hahaha..
 
Ok, xmo citer pepanjang..straight to the point..mesti yang dah mengikuti blog Gee sebelum ni sudah mengetahui Gee ni adalah salah seorang pesakit endometriosis stage III dengan retroverted uterus.
 
Mesti ada dikalangan pesakit endometriosis especially tak tahu macam mana caranya nak jaga makan lepas operation kann..tul tak? Gee pun dulu macam tu jugak, tak tahu macam mana nk jaga makan kann..
 
Tambahan pula, dikalangan keluarga Gee tak ada pengalaman cara nak jaga cara pemakanan untuk pesakit endometriosis ni..semua sudah sedia maklum, penyakit endometriosis, cyst or fibroid ni adalah penyakit misteri, even doctor sendiri tak dapat nak mengesahkan punca penyakit ni disebabkan ape..
 
So, nak senang citer..bagi Gee corak pemakanan kita yang menyebabkan macam-macam penyakit timbul sekarang ni..tul x..dengan kesibukan kita,ditambah stress ditempat keje..
 
Ok, utk diet seimbang Gee dah amalkan semenjak buat laps tahun lepas, antara rutin harian Gee jaga makan adalah elakkan makan ayam,daging, soya,susu,milo,nescafe,kopi atau segala jenis minuman berkafien, minuman cordial dll. Kalo nak makan ayam, cuba cari ayam organic,means ayam kampong, ayam yang tak inject..Makanan yang Gee senaraikan tu xde la sampi gee xmakan,makan jugak,cuba korang tukar corak makan, bukan  melantak,tapi hanya merasa okeh.
 
Elakkan makan nasi putih, so korang cuba try tukar brown rice..
 
Banyakkan makan sayur, kekacang,
 
Elakkan makan donut, roti gardenia or jenis roti yang ada yis..semua tu akan membantu endometriosis kita makin tumbuh. 
 
Rutin harian Gee:
 
Pagi sebelum breakfast:
 
1 gelas air dicampur 1 sudu madu asli,1 sudu jus delima or jus kurma, 1 sudu kecil minyak habbatus sauda dicampur dengan olive oil (ambik selepas bangun tidur sebelum gosok gigi) - korang cuba jarakkan waktu breakfast 2 jam selepas minum air tu.
 
Lunch tengahari:
 
Ambik nasi putih 1 senduk, banyakkan makan sayur.banyakkan makan ikan. lepas breakfast Gee ambk 1 biji b complex.
 
Malam:
 
Biase Gee buat sup sayur,ikut la sup sayur macam mana pun, korang leh ikut citasara sendiri okeh.pastikan cuba kurangkan gula dan garam dalam masakan.
 
Sebelum tidur, Gee pastikan ambil 1 biji vitamin E..sebab dalam vitamin E banyak selenium yang akan membantu mewujudkan sel-sel baik dekat rahim kita tu.
 
pastikan minum air kosong 3 liter sehari, lebih lagi bagus.
 
Ohh..lupa, lagi satu korang rajinkan diri buat air kosong letakkan limau nipis or lemon tanpa gula. amalkan selalu ok..memang bagus.
 
Untuk pesakit endometriosis jugak, please say NO utk produk yang berasaskan KOLEGAN..please sangat, sebab dalam kolegan tu akan mengakibatkan estrogen dalam badan kita makin meningkat. Bila estrogen tinggi, endometriosis akan makin membesar. Tu dari pengalaman Gee la..mungkin lain orang lain kondisinye..maybe..
 
Mungkin korang semua tidak tahu, pesakit endometriosis, cyst & fibroid ni salah satu punca adalah disebabkan progesterone dalam badan kita adalah terlalu rendah dibandingkan dengan tahap estrogen.
Estrogen yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kita mudah gugur bila kita pregnant..
 
P/S - Kita sama-sama iktiar okeh, jangan bersedih..Gee dulu pun give up sesangat bila dah tau Gee penghidap endometriosis stage III. Kita sama-sama positifkan diri, Allah nak uji kita supaya kita lebih dekat dengan Dia. Kita sama-sama berdoa & selalulah buat tahajjud, dhuha, solat hajat agar impian untuk memiliki zuriat. amin..
 
 
Kalo uols rasa nak kongsikan pengalaman korang, korang leh add FB Gee Ziana Che Anan. or wassap Gee 019227015 utk ketahui vitamin2 yang Gee amalkan sekarang dengan konsultasi percuma Gee bagi..k bye, Assalamualaikum.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: